Salam usahawan.
Selamat berpuasa kepada Usahawan Score A semua.

Semoga ibadah puasa yang kita jalankan pada Ramadhan kali ini adalah lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas.

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

P/S : Kepada semua Usahawan Score A yang menyertai kursus SIR dan Family Day di Bukit Merah Laketown Resort pada bulan lepas, anda boleh melihat gambar-gambar di sana dengan mendaftarkan diri disini…Sila Klik! Jumpa lagi.

~JimieRay~