Anak Score A, Ibubapa Score RM
10 Sep
Para usahawan Score A yang dikasihi,
Dalam perniagaan multi-level marketing @ MLM, aspek latihan memainkan peranan paling penting. Ia akan memberi impak yang besar dalam pembangunan diri, kerana ia dapat membina keyakinan dan menerokai potensi sebenar seseorang usahawan, terutama ketika berhadapan dengan prospek. Ia juga adalah faktor dan kualiti utama yang perlu ada pada semua usahawan Score A.
Untuk mencapai kecemerlangan dalam kerja yang dilakukan itu, anda perlu memperlengkapkan diri dengan latihan yang sesuai dan pengetahuan yang diperlukan dalam profesion ini. Jika faktor berkenaan dipenuhi tahap profesionalisme di kalangan usahawan Score A tentu lebih terserlah.
Pihak pengurusan Kenshido International sentiasa menekankan pembangunan usahawan yang menyeluruh. Jesteru, latihan bersepadu, meliputi latihan untuk pembangunan dalam diri dan juga pembangunan perniagaan dan organisasi mempunyai peranan yang amat penting.
Dalam hal ini, para pemimpin dalam Score A sendiri memainkan peranan yang amat besar. Anda perlu sentiasa bersedia untuk mengambil bahagian dalam mana-mana sesi latihan yang dianjurkan khusus untuk pembangunan diri dan perniagaan. Anda juga boleh mengajak “downline” anda untuk menyertai sesi latihan yang sama. Dengan cara ini, ilmu itu dapat diperturunkan dengan lebih berkesan lagi. Anda juga boleh menganjurkan program latihan yang sama untuk manfaat lebih ramai ahli di bawah anda khasnya dan usahawan Scorec A amnya.
Jesteru, pergunakan semua peluang yang ada untuk mempertingkatkan profesionalisme diri, sama ada menerusi latihan yang disediakan oleh pihak syarikat atau oleh “upline” anda, kemudian ubahsuai untuk disesuaikan dengan cara anda.
Salam kejayaan dan selamat berkursus. Jumpa lagi.

PS : Anda ingin memiliki website sendiri tetapi tak pandai melakukannya? Kini, saya telah menyedia satu kursus secara online untuk buat website sendiri PERCUMA. Sila lawati website terbaru saya. Sila Klik Disini!!!
PSS : Seperti biasa, jom kita hayati lirik lagu ini sebagai booster untuk meningkatkan prestasi kerja kita. Enjoy dengan lagu Kitaro - Matsuri!!!
5 Sep
Salam sejahtera dan selamat menjalani ibadat puasa.
Diam tak diam kita sudah berada di pertengahan bulan Ramadhan, ramai yang sedang sebuk melayan kerenah anak-anak dengan persiapan hari raya. Bagi Usahawan Score A kami tidak menjadikan alasan di bulan puasa ini untuk beristirehat semata-mata. Berbagai program telah kami adakan dan sedang atur secara kumpulan ataupun individu.

Norais828, Mahana828, Ija828 dan KakPah828 bersama Mr Jason Kok pada 28hb Ogos 2009 yang lalu.
Pada 28-August-2009 yang lalu seramai 12 orang leaders Usahawan Score A kawasan Penang telah mengadakan pertemuan tertutup dengan The Owner of Kenshido International, Mr Jason Kok bertempat di Sussesspillar, Northan Tower, Georgetown, Penang. Hasil pertemuan tersebut Mr Jason bersetuju mengadakan satu seminar khas untuk para Usahawan Score A yang telah menghadiri kursus SIR dengan bayaran yang cukup minima iaitu sebanyak RM268 sahaja.
“SENI PENAJAAN”
Tarikh : 12hb Sept 2009 (Sabtu)
Masa : 10 pagi - 5 petang (Pendaftaran pada jam 9.30 pagi)
Tempat : Pit Stop Webucation Services Unit 3-45, D’Piazza Mall, Jln Mahsuri, Bayan Baru, P.Pinang
* Sila membuat pendaftaran secara online melalui K-Office untuk pengesahan penyertaan sekarang. Pendaftaran akan ditutup pada 8hb Sept 2009.
Pada hari tersebut juga akan diadakan satu program iaitu “Score A Big BOOM & Majlis Berbuka Puasa“. Sekiranya tiada aral melintang besar kemungkinan Timbalan Ketua Menteri 1, P.Pinang akan turut sama-sama menyertai program berbuka puasa.
“Score A Big BOOM & Majlis Berbuka Puasa”
Tarikh : 12hb Sept 2009 (Sabtu)
Masa : 5 - 7.30 petang
Tempat : Pit Stop Webucation Services
Untuk melihat gambar-gambar sepanjang program Usahawan Score A yang diadakan sila layari laman komuniti Usahawan Score A di www.UsahawanScoreA.ning.com
Now! Everybody Can Score.
Jumpa lagi, salam kejayaan.

P.S - Bagi meransang minda anda jom kita ikuti satu klip video di bawah ini. Selamat berhibur bersama Jason Mraz - I’m Yours.
27 Aug
Sahabat usahawan Score A yang dihormati
Dalam industri Multi Level Marketing atau MLM, mentaliti “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri” teramat mudah diamalkan. Mentaliti sebegini lazimnya menyebabkan seseorang pengedar itu sentiasa tertarik dengan setiap syarikat baru yang menjanjikan status pelopor atau kejayaan yang segera. Hasilnya lahirlah golongan yang dikenali sebagai “Perempat MLM” atau “MLM Junkies”
‘Perempat MLM’ adalah golongan yang tiada matlamat yang teguh, merantau tanpa halatuju dan hilang focus. Mereka tidak akan faham apa itu erti kejayaan.
Untuk berjaya dalam MLM, kita perlukan matlamat yang mantap. Sekiranya kita memberi 100% penumpuan usaha kita dalam satu syarikat, kebarangkalian untuk berjaya adalah besar. Andainya usaha itu dibahagi dua maka kejayaannya sudah dikurang 50-50 dan sekiranya kepada 3 atau 4 syarikat, maka sudah pasti menempah kegagalan.
Setiap pemimpim MLM yang berjaya akan melaungkan prinsip kejayaan yang sama – tabah, usaha yang bersungguh-sungguh dan yang paling mustahak adalah kepercayaan yang tinggi. Elemen-elemen inilah yang melahirkan pemimpin MLM yang berjaya, dihormati dan disegani. Mereka yang mempunyai impian dalam hidup akan ranap impiannya sekiranya mengikut jejak langkah “Perempat MLM’
Kebanyakan orang gagal mengenal pasti jalan sebenar untuk mencapai kejayaan yang berkekalan dalam satu-satu MLM perlu memilih satu syarikat yang dipercayai dan berusahalah bersungguh-sungguh. Perniagaan ini telah berjaya memberi peluang dan kehidupan baru kepada ramai orang tetapi ianya memerlukan 100% komitmen daripada anda!
Salam kejayaan.
* Artikel asal di petik dari blog JimieRay dot Com
Untuk makluman Usahawan Score A semua, satu kursus asas New Distributor Orientation (NDO) akan diadakan pada 30/8/2009 dari jam 3pm - 6.30pm di Pit Stop Webucation, terletak di D’Piazza Mall, Bayan Baru, Pulau Pinang serta diikuti dengan majlis berbuka puasa selepas kursus NDO tersebut.
Kepada anda yang telah mengikui kursus SIR dan Family Day di Bukit Merah Laketown Resort pada 8 & 9 Ogos yang lalu, sila login ke laman komuniti Usahawan Score A untuk melihat gambar-gambar ketika aktiviti disana. Klik disini! Anda juga diBENARkan untuk meletakkan sebarang gambar atau jadual program terkini yang berkaitan aktiviti Usahawan Score A di tempat anda di laman komuniti tersebut untuk dikongsikan bersama.
Salam Ramadhan dan salam kejayaan. Jumpa lagi.
~JimieRay~
28 Jul
Para usahawan Score A yang dikasihi.
Tiada manusia di dunia ini yang tidak pernah gagal. Ia menjadi asam garam dalam kehidupan yang menambahkan warna-warni dalam hidup seseorang. Tidak terkecuali dalam dunia perniagaan dan keusahawanan. Ia adalah lumrah bagi seorang usahawan, termasuklah usahawan Multi Level-Marketing seperti anda. Jatuh bangunnya seseorang usahawan dan bagaimana dia berusaha bangkit untuk mengubah nasibnya kepada yang lebih baik bergantung kepada sikap dan daya ketahanan seseorang usahawan itu sendiri.
Sebagai contohnya, seseorang usahawan MLM mungkin gagal untuk membina dan membesarkan jaringan perniagaannya dalam tempoh yang ditetapkannya. Mungkin, pendekatan atau cara yang digunakan anda kurang berkesan. Jesteru, penuhkan ilmu pengetahuan berkaitan prosedur amalan perniagaan yang anda ceburi agar anda dapat membina semula perniagaan anda dalam tempoh sesingkat mungkin. Ini kerana masa itu emas, jadi jangan lengahkannya!
Berikut antara panduan untuk mengaktifkan semula perniagaan anda dalam masa yang singkat :
Jika anda berusaha gigih dan berterusan tetapi masih juga belum dapat apa yang dicitakan, tanamkan dalam minda anda ia bukanlah satu kegagalan mutlak. Ini kerana mungkin belum masanya untuk anda mengecap kejayaan.Anda perlu bertindak segera agar kejayaan menjadi milik anda dan impian bukan hanya tinggal impian.
Jesteru, bina semula kekuatan anda. Jangan jadikan kegagalan alasan untuk anda meninggalkan perniagaan yang menjaminkan masa depan yang cerah ini. Pastikan ia tidak melunturkan semangat anda untuk muncul sebagai USAHAWAN SCORE A TERBILANG.
Salam kejayaan. Jumpa lagi…
~JimieRay828~
Komen Terkini