Anak Score A, Ibubapa Score RM
10 Sep
Para usahawan Score A yang dikasihi,
Dalam perniagaan multi-level marketing @ MLM, aspek latihan memainkan peranan paling penting. Ia akan memberi impak yang besar dalam pembangunan diri, kerana ia dapat membina keyakinan dan menerokai potensi sebenar seseorang usahawan, terutama ketika berhadapan dengan prospek. Ia juga adalah faktor dan kualiti utama yang perlu ada pada semua usahawan Score A.
Untuk mencapai kecemerlangan dalam kerja yang dilakukan itu, anda perlu memperlengkapkan diri dengan latihan yang sesuai dan pengetahuan yang diperlukan dalam profesion ini. Jika faktor berkenaan dipenuhi tahap profesionalisme di kalangan usahawan Score A tentu lebih terserlah.
Pihak pengurusan Kenshido International sentiasa menekankan pembangunan usahawan yang menyeluruh. Jesteru, latihan bersepadu, meliputi latihan untuk pembangunan dalam diri dan juga pembangunan perniagaan dan organisasi mempunyai peranan yang amat penting.
Dalam hal ini, para pemimpin dalam Score A sendiri memainkan peranan yang amat besar. Anda perlu sentiasa bersedia untuk mengambil bahagian dalam mana-mana sesi latihan yang dianjurkan khusus untuk pembangunan diri dan perniagaan. Anda juga boleh mengajak “downline” anda untuk menyertai sesi latihan yang sama. Dengan cara ini, ilmu itu dapat diperturunkan dengan lebih berkesan lagi. Anda juga boleh menganjurkan program latihan yang sama untuk manfaat lebih ramai ahli di bawah anda khasnya dan usahawan Scorec A amnya.
Jesteru, pergunakan semua peluang yang ada untuk mempertingkatkan profesionalisme diri, sama ada menerusi latihan yang disediakan oleh pihak syarikat atau oleh “upline” anda, kemudian ubahsuai untuk disesuaikan dengan cara anda.
Salam kejayaan dan selamat berkursus. Jumpa lagi.

PS : Anda ingin memiliki website sendiri tetapi tak pandai melakukannya? Kini, saya telah menyedia satu kursus secara online untuk buat website sendiri PERCUMA. Sila lawati website terbaru saya. Sila Klik Disini!!!
PSS : Seperti biasa, jom kita hayati lirik lagu ini sebagai booster untuk meningkatkan prestasi kerja kita. Enjoy dengan lagu Kitaro - Matsuri!!!
5 Aug
Para usahawan Score A yang dikasihi,
“Seseorang pemimpin itu bukannya ditentukan sejak dia dilahirkan lagi, tetapi ia dibentuk (menerusi pengalaman). Dan mereka dibentuk sama seperti perkara-perkara lain, melalui kegigihan. Dan itulah harga yang perlu kita bayar untuk mencapai matlamat itu atau apa sahaja matlamat yang lain.”
Tanggungjawab sebagai pemimpin adalah besar dan berat. Usaha yang dicurah dan dikorbankan untuk muncul sebagai seorang pemimpin mengambil masa dan melalui pelbagai dugaan. Ramai yang menyangka pemimpin biasanya orang yang berkedudukan teratas dan tertinggi. Sebenarnya pemimpin boleh wujud di mana-mana sahaja dan setiap usahawan Score A berpotensi muncul sebagai pemimpin. Soalnya anda perlu tahu bagaimana cara untuk melakukannya.
Adalah penting untuk anda melahirkan lebih ramai pemimpin yang berkaliber dan beretika untuk memastikan jaringan anda bertambah kukuh dan produktif. Pemimpin yang berkaliber sesungguhnya menerima ganjaran yang setimpal dengan usahanya. Kepada semua pemimpin Score A, usaha anda sentiasa mendapat perhatian pemimpin anda dan juga syarikat.
Setiap keringat yang menitis
Setiap usaha yang dicurah
Pasti ada hasilnya
Pasti ada yang menghargainya
Jadi, sekiranya berpeluang untuk memimpin, jangan sekali-kali menolak peluang itu. Ganjaran menjadi seorang pemimpin lebih kepuasannya daripada sentiasa dipimpin.
Akhir sekali, kepada anda yang menyertai Kursus SIR di Bukit Merah Laketown Resort pada hari Sabtu ini 8-Ogos-2009 saya ucapkan selamat berkursus. Timbalah ilmu sebanyak mungkin. Sebenarnya kali ini anda amat bertuah kerana pengasas Score A Programme iaitu Mr Jason Kok sendiri yang akan menjadi penceramah pada hari tersebut. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang Score A Programme, inilah masanya untuk anda dapatkan terus dari beliau.
Juga diikuti pada sebelahnya malamnya acara Family Day bersama CM Romeyzee dari Farisha Richest Club dan CM Zubaidi dari MUCorp dan akan berakhir pada petang Ahad 9-Ogos-@009. Masa inilah kita akan pertemukan keluarga masing-masing di bawah satu bumbung. Selamat berkursus, selamat bercuti dan selamat bersantai bersama keluarga. Memang berbaloi-baloi! ![]()
Jumpa anda di Bukit Merah Laketown Resort.
~JimieRay~
Komen Terkini