Now…Everyone Can Score !

Anak Score A, Ibubapa Score RM

Archive for the ‘Sistem Latihan’ Category

Para usahawan Score A yang dikasihi,

Dalam perniagaan multi-level marketing @ MLM, aspek latihan memainkan peranan paling penting. Ia akan memberi impak yang besar dalam pembangunan diri, kerana ia dapat membina keyakinan dan menerokai potensi sebenar seseorang usahawan, terutama ketika berhadapan dengan prospek. Ia juga adalah faktor dan kualiti utama yang perlu ada pada semua usahawan Score A.

Untuk mencapai kecemerlangan dalam kerja yang dilakukan itu, anda perlu memperlengkapkan diri dengan latihan yang sesuai dan pengetahuan yang diperlukan dalam profesion ini. Jika faktor berkenaan dipenuhi tahap profesionalisme di kalangan usahawan Score A tentu lebih terserlah.

Pihak pengurusan Kenshido International sentiasa menekankan pembangunan usahawan yang menyeluruh. Jesteru, latihan bersepadu, meliputi latihan untuk pembangunan dalam diri dan juga pembangunan perniagaan dan organisasi mempunyai peranan yang amat penting.

Dalam hal ini, para pemimpin dalam Score A sendiri memainkan peranan yang amat besar. Anda perlu sentiasa bersedia untuk mengambil bahagian dalam mana-mana sesi latihan yang dianjurkan khusus untuk pembangunan diri dan perniagaan. Anda juga boleh mengajak “downline” anda untuk menyertai sesi latihan yang sama. Dengan cara ini, ilmu itu dapat diperturunkan dengan lebih berkesan lagi. Anda juga boleh menganjurkan program latihan yang sama untuk manfaat lebih ramai ahli di bawah anda khasnya dan usahawan Scorec A amnya.

Jesteru, pergunakan semua peluang yang ada untuk mempertingkatkan profesionalisme diri, sama ada menerusi latihan yang disediakan oleh pihak syarikat atau oleh “upline” anda, kemudian ubahsuai untuk disesuaikan dengan cara anda.

Salam kejayaan dan selamat berkursus. Jumpa lagi.

signjimiey3

PS : Anda ingin memiliki website sendiri tetapi tak pandai melakukannya? Kini, saya telah menyedia satu kursus secara online untuk buat website sendiri PERCUMA. Sila lawati website terbaru saya. Sila Klik Disini!!!

PSS : Seperti biasa, jom kita hayati lirik lagu ini sebagai booster untuk meningkatkan prestasi kerja kita. Enjoy dengan lagu Kitaro - Matsuri!!!

Salam Ramadhan

Salam usahawan.
Selamat berpuasa kepada Usahawan Score A semua.

Semoga ibadah puasa yang kita jalankan pada Ramadhan kali ini adalah lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas.

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

P/S : Kepada semua Usahawan Score A yang menyertai kursus SIR dan Family Day di Bukit Merah Laketown Resort pada bulan lepas, anda boleh melihat gambar-gambar di sana dengan mendaftarkan diri disini…Sila Klik! Jumpa lagi.

~JimieRay~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

SILA AMBIL PERHATIAN :  Kepada anda yang belum mendaftar untuk kursus SIR (Start It Right) di Bukit Merah Laketown Resort Pada 8-Ogos-2009, sila berbuat demikian dengan segera. Didapati pendaftaran online, bergerak begitu pantas sedangkan tempat adalah terhad kepada 100 orang sahaja.

Sehubungan dengan itu juga hanya mereka yang menyertai kursus SIR pada 8-Ogos-2009 diberi keutamaan serta  layak untuk membawa keluarga bersama untuk program “Family Day” pada 9-Ogos-2009. Untuk LEADERS yang telah menyertai kursus SIR sebelum ini bayaran hanyalah 68 Kdollar manakala untuk distributor yang belum pernah menyertai kursus ini, bayaran adalah sebanyak 288 Kdollar.

Waterpark Bukit Merah Laketown Resort

Pastikan Kdollar anda mencukupi, sila klik pada kalendar di tepi kiri K-Office anda, klik pada 8-Ogos-2009 dan register online untuk kursus SIR di Bukit Merah Laketown Resort. Selepas mendaftar online, sila email kepada mucorp@gmail.com senarai maklumat nama, no kad pengenalan, umur, no h/p dan bilangan ahli keluarga yang akan menyertai anda ke program “Family Day”. Sila nyatakan tempat tinggal anda dan group anda.

Untuk makluman sebahagian besar perbelanjaan penginapan dan tiket ke waterpark untuk program “Family Day” ditaja oleh Farisha Richest Club Center (FRCC) iaitu CM Romeyzee Zainudin. Anda hanya perlu membayar RM100.00 sahaja untuk perbelanjaan makan dan minum kepada ahli keluarga selama 2 hari di sana. (baca ikut gaya Amy Search) Berbaloi-baloi:) Pada sebelah malam akan diadakan acara BBQ dan karaoke.

Keriangan di Waterpark Bukit Merah Laketown Resort

Segeralah mendaftar online dan menyerahkan senarai nama ahli keluarga anda kepada MUCorp kerana tempat adalah terhad. Semuga anda dapat menambah ilmu sebagai Usahawan Score A - Kenshido disamping meluangkan masa bersama-sama keluarga beriadah bersama para Usahawan Score A.

Salam kejayaan. Now! Everyone Can Score.

~CM Zubaidi Sudin~
MUCorp Support Center

P/S : Leaders, jangan lupa maklumkan kepada downline anda, kerana ramai lagi yang tidak memberi/mendaftar alamat email. Sila masukkan alamat email masing-masing di sidebar blog ini (penjuru atas sebelah kanan).

KEJAYAAN adalah hasil yang diperolehi setelah usaha dicurahkan. Ia mampu mengubah hidup dan kehidupan. Hidup dan kehidupan adalah dua perkara yang saling berkait.

Perubahan hidup ialah secara fizikal atau luaran dan perubahan kepada kehidupan pula bermaksud keadaan diri dalam suasana harian hidupnya. Tetapi, apa yang lebih penting ialah hadiah sebuah kejayaan pada seorang insan, apabila ia dapat mengembalikan dan menyedarkan insan bahawa ia adalah sebaik-baik kejadian, ia adalah pemakmur bumi, ia adalah seorang juara dan menyedari potensi dirinya yang sebenar dan mampu muncul sebagai yang terbaik. Kalau kita mahu berfikir sejenak, itu semua ada dalam KENSHIDO – itu pun kalau kita faham dan mahu berfikir.

Di dalam KENSHIDO kejayaan adalah milik semua yang dambakan kejayaan. Selagi ada kemahuan, peluang untuk berjaya dan menjadi yang terbaik sentiasa terbuka. Kata-kata bahawa “Kejayaan adalah suatu perjalanan dan bukan suatu destinasi” (Success is a journey not a distination) adalah benar. Apa yang terdapat dalam perniagaan bersama KENSHIDO ini, jika dilihat “kecil” maka ia kecil dan jika dilihat “besar” ia besar. Terpulanglah kepada bagaimana kita melihatnya.

Atas kesedaran itu, sebagai kumpulan yang sentiasa menitik beratkan soal kejayaan, CM Romeyzee (Farisha Webucation) bersama CM Zubaidi (MUCorp Support Centre) telah menjalankan satu kursus asas New Distributor Orientation (NDO) di MUCorp Support Centre di Legenda Height, Sungai Petani, Kedah pada 11-July.2009 yang lalu. Seramai 15 orang usahawan Score A yang baru menceburkan diri di dalam bidang MLM ini telah hadir. Atas komitmen ingin menimba ilmu MLM terdapat peserta yang sanggup hadir walaupun jauh seperti dari Bukit Merah Laketown, Perak dan Bayan Baru, Pulau Pinang. Tahniah kepada semua peserta, langkah pertama anda bermula disini.

Matlamat program Berjaya Bersama Kenshido ini adalah untuk merealisasikan impian MLM iaitu kerja dan kehidupan menjadi SATU – Kebebasan (Freedom) yang menjadi harapan dan laungan MLM menjadi kenyataan. Ya, tiada lain, melainkan menerusi Usahawan Score A.

“Kejayaan ialah apa yang anda perolehi daripada apa yang anda usahakan.”

~JimieRay~

Score A dan Pembentukan Modal Insan

Dalam usaha membentuk usahawan yang berkualiti untuk mencapai kecemerlangan yang berterusan, mantan Perdana Menteri kita Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mencetuskan Konsep Modal Insan dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). Hasrat kerajaan adalah tinggi dalam melahirkan generasi pelapis yang berkualiti dalam menerajui negara kearah kemajuan yang bakal dicapai terutamanya dalam menghadapi Wawasan 2020. Ini adalah selari dengan Kenshido International yang telah lama menyahut seruan kerajaan untuk menumpukan kepada pembentukan modal insan dalam bidang celik ICT.

Jika kita kaji, banyak aspek ditekankan oleh pihak syarikat Kenshido International dalam rangka melahirkan masyarakat yang berkualiti bermula dari peringkat kanak-kanak mempelajari output learning secara latih tubi yang berterusan ke arah melahirkan pelajar yang berdaya saing. Begitu juga sebagai ibubapa yang mengambil peluang sebagai usahawan, pihak syarikat juga telah menyediakan sistem latihan bermula dari NDO, SIR dan bermacam-macam lagi yang sudah cukup untuk melahirkan keluarga yang berkualiti dan usahawan yang cemerlang. Menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menggunakan segala alat bantuan perniagaan ini dalam menjalankan perniagaan dengan menghadirkan diri bersama rangkaian dalam sistem latihan. Ia bukan untuk merendah-rendahkan kemampuan seseorang pemimpin itu, tetapi adalah untuk memastikan modal insan yang ramai dapat menggunakan cara yang ringkas ini, kerana perinsip asas MLM semakin mudah sesuatu perkara ditunjukkan, semakin mudah ia difahami dan ditiru.

Walaupun dalam usaha melahirkan perniagaan yang hebat, kebanyakan perbincangan lebih dominan untuk menunjukkan imej luaran namun aspek pembentukan imej amat perlu dititikberatkan terutamanya bermula di peringkat awal usahawan menceburi bidang ini. Ketetapan masa, pakaian dan pengurusan kewangan adalah 3 aspek penting dalam langkah awal dalam usaha membentuk usahawan yang bertaraf tinggi.

Oleh itu, seorang pemimpin Kenshido International seharusnya memahami akan peranan mereka sepenuhnya dalam menjayakan modal insan ini. Segalanya perlu bermula dari diri pemimpin tersebut. Menjadi seorang pemimpin yang mempunyai aset berjuta bukan sahaja dinilai dari aspek luaran semata-mata, tetapi yang lebih penting adalah keperkasaan dari aspek profesionalismenya, prinsipnya, keutuhan peribadinya, kecekapan dan ketrampilan mental dan intelektualnya, kestabilan emosi dan spiritualnya serta kebijaksanaan kepimpinannya. Usaha-usaha ini penting dalam menyiapkan diri mereka sebagai role-model utama terhadap generasi pelapis Jutawan Score A di mercu kegemilangan Kenshido International yang akan datang.

Salam kejayaan, jumpa lagi.

Subscribe RSS Ke Email Anda

Masukkan alamat email anda di bawah dan anda akan mendapat email daripada kami sebaik sahaja paparan terbaru dimuatkan ke dalam blog Usahawan Score A ini. Taip alamat email anda dan klik Langgan Percuma :

Delivered by FeedBurner

Financial Freedom

Jana Pendapatan Sekarang!

Aktiviti Terkini