Now…Everyone Can Score !

Anak Score A, Ibubapa Score RM

Salam Ramadhan

Salam usahawan.
Selamat berpuasa kepada Usahawan Score A semua.

Semoga ibadah puasa yang kita jalankan pada Ramadhan kali ini adalah lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas.

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

P/S : Kepada semua Usahawan Score A yang menyertai kursus SIR dan Family Day di Bukit Merah Laketown Resort pada bulan lepas, anda boleh melihat gambar-gambar di sana dengan mendaftarkan diri disini…Sila Klik! Jumpa lagi.

~JimieRay~

Jadual Aktiviti Terkini Bulan Ogos

* Kemaskini terkini pada 12/8/2009 Rabu 13.54pm.

06/08/2009 Khamis
Masa - 11.00am
Taklimat pelajar SK Telok Pulai, Klang bersama CM Romeyzee

07/08/2009 Jumaat
Masa : 8.00pm
Taklimat pelajar SK Bukit Merah bersama CM Romeyzee

08/08/2009 Sabtu
Masa : 9.00am-6.00pm
Kursus SIR di Bukit Merah Laketown Resort

09/08/2009 Ahad
Family Day Farisha RecCC Bukit Merah

09/08/2009 Ahad
Masa : 8.30pm
BOOM Genting di Starbuck Cafe

12/08/2009 Rabu
Masa : 8.30pm
BOOM FWS Batang Kali bersama CM Romeyzee

13/8/2009 Khamis *
Masa : 3.00 pm
Taklimat di Pit Stop Webucation - CM Romeyzee
D’Piazza Mall, Bayan Baru, P.Pinang.

13/08/09 Khamis
Masa : 8.30pm
Taklimat di Batu Kawan, P.Pinang bersama CM Romeyzee

14/0/2009 Jumaat
Masa : 8.30pm
BOOM di HQ Kenshido

14/08/2009 Jumaat
Masa :  8.30pm
BOOM di Sik Inn Bersama CM Zubaidi & JimieRay

15/08/2009 Sabtu
Masa : 8.30pm
BOOM di MUCorp S.Petani Bersama CM Zubaidi & JimieRay

16/08/2009 Ahad *
Masa : 3.00pm
Taklimat Score A di dewan Pusat Latihan Malaysia Airport Berhad, Bayan Lepas, P.Pinang
Bersama Cikgu Aznan & JimieRay

16/8/2009 Ahad *
Jam :8.30 mlm
BOOM Score A di Pit Stop Webucation - JimieRay & Kak Pah828
D’Piazza Mall, Bayan Baru, P.Pinang.

16/08/09 Ahad
Masa : 9.00am-5.00pm
NDO di FWS Batang Kali

16/08/2009 Ahad
Masa : 8.30pm
BOOM Genting di Starbuck Cafe

18/08/09 Selasa
Masa : 3.00pm
Taklimat penjara Bentong, Pahang.

19/08/09 Rabu
Masa : akan ditetapkan
Majlis bacaan yassin & menyambut hari lahir En Romeyzee

19/08/2009 Rabu
Masa : 8.30pm
BOOM FWS di Batang Kali

21/08/2009 Jumaat
Masa : 8.30pm
BOOM di HQ Kenshido

23/08/2009 Ahad
BOOM Genting di Starbuck Cafe

26/08/09 Rabu
Masa : 8.30pm
Boom FWS Batang Kali

28/08/09 Jumaat
Masa : 8.30pm
Boom di HQ Kenshido

30/08/09 Ahad
Masa :8.30pm
Boom Genting di Starbuck Cafe

~JimieRay~

  • 0 Comments
  • Filed under: Aktiviti
  • Para usahawan Score A yang dikasihi,

    “Seseorang pemimpin itu bukannya ditentukan sejak dia dilahirkan lagi, tetapi ia dibentuk (menerusi pengalaman). Dan mereka dibentuk sama seperti perkara-perkara lain, melalui kegigihan. Dan itulah harga yang perlu kita bayar untuk mencapai matlamat itu atau apa sahaja matlamat yang lain.”

    Tanggungjawab sebagai pemimpin adalah besar dan berat. Usaha yang dicurah dan dikorbankan untuk muncul sebagai seorang pemimpin mengambil masa dan melalui pelbagai dugaan. Ramai yang menyangka pemimpin biasanya orang yang berkedudukan teratas dan tertinggi. Sebenarnya pemimpin boleh wujud di mana-mana sahaja dan setiap usahawan Score A berpotensi muncul sebagai pemimpin. Soalnya anda perlu tahu bagaimana cara untuk melakukannya.

    Adalah penting untuk anda melahirkan lebih ramai pemimpin yang berkaliber dan beretika untuk memastikan jaringan anda bertambah kukuh dan produktif. Pemimpin yang berkaliber sesungguhnya menerima ganjaran yang setimpal dengan usahanya. Kepada semua pemimpin Score A, usaha anda sentiasa mendapat perhatian pemimpin anda dan juga syarikat.

    Setiap keringat yang menitis
    Setiap usaha yang dicurah
    Pasti ada hasilnya
    Pasti ada yang menghargainya

    Jadi, sekiranya berpeluang untuk memimpin, jangan sekali-kali menolak peluang itu. Ganjaran menjadi seorang pemimpin lebih kepuasannya daripada sentiasa dipimpin.

    Akhir sekali, kepada anda yang menyertai Kursus SIR di Bukit Merah Laketown Resort pada hari Sabtu ini 8-Ogos-2009 saya ucapkan selamat berkursus. Timbalah ilmu sebanyak mungkin. Sebenarnya kali ini anda amat bertuah kerana pengasas Score A Programme iaitu Mr Jason Kok sendiri yang akan menjadi penceramah pada hari tersebut. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang Score A Programme, inilah masanya untuk anda dapatkan terus dari beliau.

    Juga diikuti pada sebelahnya malamnya acara Family Day bersama CM Romeyzee dari Farisha Richest Club dan CM Zubaidi dari MUCorp dan akan berakhir pada petang Ahad 9-Ogos-@009. Masa inilah kita akan pertemukan keluarga masing-masing di bawah satu bumbung. Selamat berkursus, selamat bercuti dan selamat bersantai bersama keluarga. Memang berbaloi-baloi! :)

    Jumpa anda di Bukit Merah Laketown Resort.

    ~JimieRay~

    Para usahawan Score A yang dikasihi.

    Tiada manusia di dunia ini yang tidak pernah gagal. Ia menjadi asam garam dalam kehidupan yang menambahkan warna-warni dalam hidup seseorang. Tidak terkecuali dalam dunia perniagaan dan keusahawanan. Ia adalah lumrah bagi seorang usahawan, termasuklah usahawan Multi Level-Marketing seperti anda. Jatuh bangunnya seseorang usahawan dan bagaimana dia berusaha bangkit untuk mengubah nasibnya kepada yang lebih baik bergantung kepada sikap dan daya ketahanan seseorang usahawan itu sendiri.

    Sebagai contohnya, seseorang usahawan MLM mungkin gagal untuk membina dan membesarkan jaringan perniagaannya dalam tempoh yang ditetapkannya. Mungkin, pendekatan atau cara yang digunakan anda kurang berkesan. Jesteru, penuhkan ilmu pengetahuan berkaitan prosedur amalan perniagaan yang anda ceburi agar anda dapat membina semula perniagaan anda dalam tempoh sesingkat mungkin. Ini kerana masa itu emas, jadi jangan lengahkannya!

    Berikut antara panduan untuk mengaktifkan semula perniagaan anda dalam masa yang singkat :

    1. Perlu kreatif dan inovatif dalam cara bagaimana mencari prospek baru.
    2. Kaji pelan pemasaran syarikat secara lebih mendalam kerana ia membantu dalam perancangan anda.
    3. Buat “edu party” dan perjumpaan yang menjadi asas duplikasi bagi memudahkan anda membuat penajaan dan jualan.
    4. Perlu bantu downline anda berjaya kerana kejayaan mereka juga bererti kejayaan anda.
    5. Belajar daripada kesilapan, jangan ulangi kesilapan yang hanya akan menggagalkan usaha anda.
    6. Kemajuan diri dan proses pembelajaran perlu secara berterusan.

    Jika anda berusaha gigih dan berterusan tetapi masih juga belum dapat apa yang dicitakan, tanamkan dalam minda anda ia bukanlah satu kegagalan mutlak. Ini kerana mungkin belum masanya untuk anda mengecap kejayaan.Anda perlu bertindak segera agar kejayaan menjadi milik anda dan impian bukan hanya tinggal impian.

    Jesteru, bina semula kekuatan anda. Jangan jadikan kegagalan alasan untuk anda meninggalkan perniagaan yang menjaminkan masa depan yang cerah ini. Pastikan ia tidak melunturkan semangat anda untuk muncul sebagai USAHAWAN SCORE A TERBILANG.

    Salam kejayaan. Jumpa lagi…

    ~JimieRay828~

    Jadual Terkini Aktiviti CM Romeyzee

    Kepada semua usahawan Score A, jadual terkini aktiviti CM Romeyzee sudah dikemaskini. Pastikan anda mengambil peluang untuk bawa prospek anda bersama CM Romeyzee.

    26/07/09 Ahad
    3.00pm : BOOM Hotel Sri Malaysia Bayan Baru, Penang.
    8.30pm : BOOM Rest House Pangkalan Hulu, Perak.

    28/07/09 Selasa
    2.00pm : Taklimat ibubapa & pelajar di SK Selama, Perak.

    29/07/09 Rabu
    8.00pm : Bengkel menjawab kertas 2 di FWS,Batang Kali
    8.30pm : BOOM FWS,Batang Kali

    30/07/09 Khamis
    Taklimat di SMK Batu Kawan

    31/07/09 Jumaat
    10.00am : Meeting Family Day
    8.30pm : BOOM di HQ Kenshido Internasional

    Jumpa lagi.

    ~JimieRay~

  • 0 Comments
  • Filed under: Aktiviti
  • Subscribe RSS Ke Email Anda

    Masukkan alamat email anda di bawah dan anda akan mendapat email daripada kami sebaik sahaja paparan terbaru dimuatkan ke dalam blog Usahawan Score A ini. Taip alamat email anda dan klik Langgan Percuma :

    Delivered by FeedBurner

    Financial Freedom

    Jana Pendapatan Sekarang!

    Aktiviti Terkini