Anak Score A, Ibubapa Score RM
23 Jul
Leaders yg terlibat sila ambil perhatian :
1- Taklimat Score A 24hb Julai 2009 (Jumaat)
Tempat : USM, P.Pinang
Masa : 10.00pg - 12.00 tghari
MC : Alyza
Penceramah : CM Zubaidi
2- Taklimat Score A 25hb Julai 2009 (Sabtu)
Tempat : MUCorp, Sungai Petani
Masa : 8.30mlm - 10.30mlm
MC : Ahmad Rostamam
Penceramah : Jimieray dan CM Zubaidi
Leader Sharing : Produk : rwatie828 Bisnes : orcid828/Kak Pah
3- Taklimat Score A 26hb Julai 2009 (Ahad)
Tempat : Hotel Seri M’sia, Bayan Baru, P.Pinang
Masa : 3.30 - 5.30ptg
MC : Alyza
Penceramah : Produk : Kak Pah dan Business : Jimieray
Closing : CM Zubaidi
Leader Sharing : Produk : Azyla dan Bisnes : orcid828/Kak Pah
4- Taklimat Score A 26hb Julai 2009 (Ahad)
Tempat : Rest House Pengkalan Hulu, Perak
Masa : 8.30mlm - 10.30mlm
Penceramah : CM Zubaidi dan CM Romeyzee
Salam keusahawanan. Jumpa lagi.
~JimieRay~
22 Jul
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
SILA AMBIL PERHATIAN : Kepada anda yang belum mendaftar untuk kursus SIR (Start It Right) di Bukit Merah Laketown Resort Pada 8-Ogos-2009, sila berbuat demikian dengan segera. Didapati pendaftaran online, bergerak begitu pantas sedangkan tempat adalah terhad kepada 100 orang sahaja.
Sehubungan dengan itu juga hanya mereka yang menyertai kursus SIR pada 8-Ogos-2009 diberi keutamaan serta layak untuk membawa keluarga bersama untuk program “Family Day” pada 9-Ogos-2009. Untuk LEADERS yang telah menyertai kursus SIR sebelum ini bayaran hanyalah 68 Kdollar manakala untuk distributor yang belum pernah menyertai kursus ini, bayaran adalah sebanyak 288 Kdollar.

Pastikan Kdollar anda mencukupi, sila klik pada kalendar di tepi kiri K-Office anda, klik pada 8-Ogos-2009 dan register online untuk kursus SIR di Bukit Merah Laketown Resort. Selepas mendaftar online, sila email kepada mucorp@gmail.com senarai maklumat nama, no kad pengenalan, umur, no h/p dan bilangan ahli keluarga yang akan menyertai anda ke program “Family Day”. Sila nyatakan tempat tinggal anda dan group anda.
Untuk makluman sebahagian besar perbelanjaan penginapan dan tiket ke waterpark untuk program “Family Day” ditaja oleh Farisha Richest Club Center (FRCC) iaitu CM Romeyzee Zainudin. Anda hanya perlu membayar RM100.00 sahaja untuk perbelanjaan makan dan minum kepada ahli keluarga selama 2 hari di sana. (baca ikut gaya Amy Search) Berbaloi-baloi…
Pada sebelah malam akan diadakan acara BBQ dan karaoke.

Segeralah mendaftar online dan menyerahkan senarai nama ahli keluarga anda kepada MUCorp kerana tempat adalah terhad. Semuga anda dapat menambah ilmu sebagai Usahawan Score A - Kenshido disamping meluangkan masa bersama-sama keluarga beriadah bersama para Usahawan Score A.
Salam kejayaan. Now! Everyone Can Score.
~CM Zubaidi Sudin~
MUCorp Support Center
P/S : Leaders, jangan lupa maklumkan kepada downline anda, kerana ramai lagi yang tidak memberi/mendaftar alamat email. Sila masukkan alamat email masing-masing di sidebar blog ini (penjuru atas sebelah kanan).
16 Jul
KEJAYAAN adalah hasil yang diperolehi setelah usaha dicurahkan. Ia mampu mengubah hidup dan kehidupan. Hidup dan kehidupan adalah dua perkara yang saling berkait.
Perubahan hidup ialah secara fizikal atau luaran dan perubahan kepada kehidupan pula bermaksud keadaan diri dalam suasana harian hidupnya. Tetapi, apa yang lebih penting ialah hadiah sebuah kejayaan pada seorang insan, apabila ia dapat mengembalikan dan menyedarkan insan bahawa ia adalah sebaik-baik kejadian, ia adalah pemakmur bumi, ia adalah seorang juara dan menyedari potensi dirinya yang sebenar dan mampu muncul sebagai yang terbaik. Kalau kita mahu berfikir sejenak, itu semua ada dalam KENSHIDO – itu pun kalau kita faham dan mahu berfikir.
Di dalam KENSHIDO kejayaan adalah milik semua yang dambakan kejayaan. Selagi ada kemahuan, peluang untuk berjaya dan menjadi yang terbaik sentiasa terbuka. Kata-kata bahawa “Kejayaan adalah suatu perjalanan dan bukan suatu destinasi” (Success is a journey not a distination) adalah benar. Apa yang terdapat dalam perniagaan bersama KENSHIDO ini, jika dilihat “kecil” maka ia kecil dan jika dilihat “besar” ia besar. Terpulanglah kepada bagaimana kita melihatnya.
Atas kesedaran itu, sebagai kumpulan yang sentiasa menitik beratkan soal kejayaan, CM Romeyzee (Farisha Webucation) bersama CM Zubaidi (MUCorp Support Centre) telah menjalankan satu kursus asas New Distributor Orientation (NDO) di MUCorp Support Centre di Legenda Height, Sungai Petani, Kedah pada 11-July.2009 yang lalu. Seramai 15 orang usahawan Score A yang baru menceburkan diri di dalam bidang MLM ini telah hadir. Atas komitmen ingin menimba ilmu MLM terdapat peserta yang sanggup hadir walaupun jauh seperti dari Bukit Merah Laketown, Perak dan Bayan Baru, Pulau Pinang. Tahniah kepada semua peserta, langkah pertama anda bermula disini.
Matlamat program Berjaya Bersama Kenshido ini adalah untuk merealisasikan impian MLM iaitu kerja dan kehidupan menjadi SATU – Kebebasan (Freedom) yang menjadi harapan dan laungan MLM menjadi kenyataan. Ya, tiada lain, melainkan menerusi Usahawan Score A.
“Kejayaan ialah apa yang anda perolehi daripada apa yang anda usahakan.”
~JimieRay~
10 Jul
GAGAL atau BERJAYA dalam MLM ialah dua ayat pendek yang anda sendiri perlu memilihnya, iaitu adakah saya akan gagal atau adakah saya akan berjaya? Jika anda menyakini bahawa anda akan gagal sebelum berusaha bermakna anda memang telah pun gagal sebelum mencuba. Kepercayaan awal ini akan kemudiannya mempengaruhi tindakan anda seterusnya. Jika anda percaya bahawa anda akan berjaya, anda sudah pun membina asas untuk kejayaan dalam perniagaan ini. Jika pun anda gagal setelah mempercayai bahawa anda akan berjaya, anda akan berjaya juga akhirnya.
Kegagalan merupakan batu loncatan untuk berjaya. Mengapa dikatakan begitu? Setelah anda gagal, anda akan lebih berhati-hati, menukar strategi dan menjadikan punca kegagalan itu sebagai pengajaran yang perlu dielakkan. Setelah anda bangkit semula daripada kegagalan itu, anda akan bersedia untuk tidak gagal lagi. Nampaknya, berjaya atau gagal anda sendirilah yang menentukannya, bukan orang lain, meskipun orang lain adalah antara punca kegagalan anda. Semuanya bermula daripada kepercayaan anda. Janganlah anda membina tembok batu yang akhirnya menjadikan anda terpenjara di dalamnya. Janganlah perasaan negatif seperti “tidak boleh” menjadi penyebab anda gagal.
Mengapa tidak anda sepatutnya lebih mempercayai bahawa anda boleh berjaya daripada akan gagal dalam perniagaan ini? Kepercayaan bahawa hanya orang Barat sahaja yang boleh berjaya dalam perniagaan ini adalah sudah lapuk. Sama dengan kepercayaan tradisi, apabila malam ada hantu.
Orang Malaysia – anda sendiri – sebenarnya boleh berjaya dalam perniagaan MLM ini. Dahulu, hanya orang Barat dan Jepun sahaja boleh membuat kereta. Kini, selain dua bangsa itu, orang Malaysia juga boleh membuat kereta bahkan lebih hebat daripada kereta buatan bangsa lain. Inilah kepercayaan yang sepatutnya menjadi pegangan anda – Saya Boleh Berjaya!
Hari ini, syarikat MLM yang bertapak di Amerika yang telah bertahun-tahun berada di Malaysia sudah mendapat saingan daripada syarikat MLM yang diasaskan di Malaysia oleh orang Malaysia sendiri. Inilah bukti bahawa orang Malaysia – ANDA – boleh berjaya melakukannya. “Percaya Boleh Berjaya” merupakan rukun pertama kejayaan. Oleh itu, langkah pertama yang perlu anda lakukan setelah anda mendaftar diri sebagai pengedar ialah menanamkan kepercayaan boleh berjaya ini. Ini merupakan senjata paling ampuh yang dapat memecahkan apa-apa sahaja tembok diri biarpun yang dibina daripada besi keluli. Anda mesti percaya bahawa anda seperti orang lain boleh berjaya dalam perniagaan MLM ini.
9 bahagian daripada 10 bahagian rezeki adalah dalam bidang perniagaan. Jenis perniagaan yang paling mudah dilakukan ialah jualan langsung atau Multi-Level Marketing. Kaum Cina di Malaysia menjadi senang kerana mereka percaya bahawa mereka boleh berjaya dalam perniagaan. Anggapan “Lihat dulu baru percaya” sepatutnya dihapuskan dan digantikan oleh “Percaya dan buat dulu, akan ada hasilnya”. Jangan bazirkan masa, wang dan tenaga anda hanya semata-mata anda percaya bahawa anda tidak akan ke mana dalam perniagaan ini. Sepatutnya anda tidak menurunkan tandatangan dalam borang keahlian syarikat MLM jika anda sudah pun menyimpan kepercayaan “Tidak Boleh Berjaya”. Mulakan langkah pertama ini dengan “Saya Akan Berjaya!” Bertindaklah Sekarang Sebelum Hayat Melayang!
* Petikan dari ebook Teknik Berkesan Untuk Berjaya Di Dalam MLM - Penulis, Maslan Omar (USM)
Salam kejayaan. Jumpa lagi.
~JimieRay~
p/s : Kami dalam proses untuk berikan ebook tersebut secara percuma kepada anda. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk dapatkan ebook Teknik Berkesan Untuk Berjaya Di Dalam MLM. Oleh itu, sila tinggalkan email anda di ruangan ‘Subscribe RSS Ke Email Anda’ (di ruangan kanan blog ini sebelah atas), supaya anda menjadi orang pertama dapat baca ebook tersebut bila kami umumkan nanti.
7 Jul
Aktiviti Terkini pada minggu ke-2 bulan July 2009 :

Kepada leaders, pastikan anda hadir awal bersama prospek di tempat program seperti waktu yang dinyatakan kerana program akan di jalankan tepat pada waktu yang di nyatakan.
Harap maklum dan sebar-sebarkan kepada rakan niaga anda.
Now…Everyone Can Score!
Jumpa lagi.
Komen Terkini