KEJAYAAN adalah hasil yang diperolehi setelah usaha dicurahkan. Ia mampu mengubah hidup dan kehidupan. Hidup dan kehidupan adalah dua perkara yang saling berkait.

Perubahan hidup ialah secara fizikal atau luaran dan perubahan kepada kehidupan pula bermaksud keadaan diri dalam suasana harian hidupnya. Tetapi, apa yang lebih penting ialah hadiah sebuah kejayaan pada seorang insan, apabila ia dapat mengembalikan dan menyedarkan insan bahawa ia adalah sebaik-baik kejadian, ia adalah pemakmur bumi, ia adalah seorang juara dan menyedari potensi dirinya yang sebenar dan mampu muncul sebagai yang terbaik. Kalau kita mahu berfikir sejenak, itu semua ada dalam KENSHIDO – itu pun kalau kita faham dan mahu berfikir.

Di dalam KENSHIDO kejayaan adalah milik semua yang dambakan kejayaan. Selagi ada kemahuan, peluang untuk berjaya dan menjadi yang terbaik sentiasa terbuka. Kata-kata bahawa “Kejayaan adalah suatu perjalanan dan bukan suatu destinasi” (Success is a journey not a distination) adalah benar. Apa yang terdapat dalam perniagaan bersama KENSHIDO ini, jika dilihat “kecil” maka ia kecil dan jika dilihat “besar” ia besar. Terpulanglah kepada bagaimana kita melihatnya.

Atas kesedaran itu, sebagai kumpulan yang sentiasa menitik beratkan soal kejayaan, CM Romeyzee (Farisha Webucation) bersama CM Zubaidi (MUCorp Support Centre) telah menjalankan satu kursus asas New Distributor Orientation (NDO) di MUCorp Support Centre di Legenda Height, Sungai Petani, Kedah pada 11-July.2009 yang lalu. Seramai 15 orang usahawan Score A yang baru menceburkan diri di dalam bidang MLM ini telah hadir. Atas komitmen ingin menimba ilmu MLM terdapat peserta yang sanggup hadir walaupun jauh seperti dari Bukit Merah Laketown, Perak dan Bayan Baru, Pulau Pinang. Tahniah kepada semua peserta, langkah pertama anda bermula disini.

Matlamat program Berjaya Bersama Kenshido ini adalah untuk merealisasikan impian MLM iaitu kerja dan kehidupan menjadi SATU – Kebebasan (Freedom) yang menjadi harapan dan laungan MLM menjadi kenyataan. Ya, tiada lain, melainkan menerusi Usahawan Score A.

“Kejayaan ialah apa yang anda perolehi daripada apa yang anda usahakan.”

~JimieRay~