Anak Score A, Ibubapa Score RM
5 Aug
Para usahawan Score A yang dikasihi,
“Seseorang pemimpin itu bukannya ditentukan sejak dia dilahirkan lagi, tetapi ia dibentuk (menerusi pengalaman). Dan mereka dibentuk sama seperti perkara-perkara lain, melalui kegigihan. Dan itulah harga yang perlu kita bayar untuk mencapai matlamat itu atau apa sahaja matlamat yang lain.”
Tanggungjawab sebagai pemimpin adalah besar dan berat. Usaha yang dicurah dan dikorbankan untuk muncul sebagai seorang pemimpin mengambil masa dan melalui pelbagai dugaan. Ramai yang menyangka pemimpin biasanya orang yang berkedudukan teratas dan tertinggi. Sebenarnya pemimpin boleh wujud di mana-mana sahaja dan setiap usahawan Score A berpotensi muncul sebagai pemimpin. Soalnya anda perlu tahu bagaimana cara untuk melakukannya.
Adalah penting untuk anda melahirkan lebih ramai pemimpin yang berkaliber dan beretika untuk memastikan jaringan anda bertambah kukuh dan produktif. Pemimpin yang berkaliber sesungguhnya menerima ganjaran yang setimpal dengan usahanya. Kepada semua pemimpin Score A, usaha anda sentiasa mendapat perhatian pemimpin anda dan juga syarikat.
Setiap keringat yang menitis
Setiap usaha yang dicurah
Pasti ada hasilnya
Pasti ada yang menghargainya
Jadi, sekiranya berpeluang untuk memimpin, jangan sekali-kali menolak peluang itu. Ganjaran menjadi seorang pemimpin lebih kepuasannya daripada sentiasa dipimpin.
Akhir sekali, kepada anda yang menyertai Kursus SIR di Bukit Merah Laketown Resort pada hari Sabtu ini 8-Ogos-2009 saya ucapkan selamat berkursus. Timbalah ilmu sebanyak mungkin. Sebenarnya kali ini anda amat bertuah kerana pengasas Score A Programme iaitu Mr Jason Kok sendiri yang akan menjadi penceramah pada hari tersebut. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang Score A Programme, inilah masanya untuk anda dapatkan terus dari beliau.
Juga diikuti pada sebelahnya malamnya acara Family Day bersama CM Romeyzee dari Farisha Richest Club dan CM Zubaidi dari MUCorp dan akan berakhir pada petang Ahad 9-Ogos-@009. Masa inilah kita akan pertemukan keluarga masing-masing di bawah satu bumbung. Selamat berkursus, selamat bercuti dan selamat bersantai bersama keluarga. Memang berbaloi-baloi! ![]()
Jumpa anda di Bukit Merah Laketown Resort.
~JimieRay~
3 Responses for "Sifat Kepemimpinan Perlu Digilap Untuk Jadi Pemimpin Berkaliber"
Salam tuan2,
Saya akan kembali ke Utara selepas seminggu di Lembah Kelang / central utk kembangkan network. Alhamdulillah 3 ep join dan lagi 20 ep akan daftar next week. 2 ep dijangka akan upgrade ke ee. InsyaAllah kalau tidak ada aral melintang, bersama grp baru ini saya akan ke Sabah di bulan Ramadhan.
Apapun, selamat berkursus, saya baru bertemu The BOSS Mr Jason Kok semalam, dia kirim salam pada semua dan mohon maaf tidak dapat hadir ke SIR kali ini disebabkan keadaan tidak mengizinkan. Sekembali dari Melbourne, beliau dan seluruh keluarga demam dan selsema.
Akibatnya dinasihatkan oleh doktor utk self quarantine di rumah seminggu. Tapi smlm beliau terpaksa ke pejabat juga disebabkan byk urusan tidak dapat selesai tanpa beliau. Renovation utk satu lagi Floor baru di bangunan baru utk meeting / Boom akan siap dlm tempoh seminggu lagi memuatkan 400 org. Boom di Hq skrg dah tak dapat tampung kapasiti 700 org setiap meeting.
Utk semua usahawan Score A, jangan anda sesekali JUAL Portal Form 4 dan Form 5 buat masa sekarang kerana harganya dijangka berbeza dari yg sedia ada. Tunggu pengumuman Hq bulan ini. Sabar dan tungggguuuu………….
Chiow!!
Rakan2, bukan mudah utk menjadi pemimpin jika kita terbiasa menjadi follower / pengikut. Maka, keluarlah dari “kempompong” ini. Sentiasa yakin kita boleh, sentiasa dahagakan ilmu, tidak gentar menghadapi cabaran di depan, kuat dgn keazaman diri, temui jatidiri, temui kekuatan diri, jgn terlalu merendahkan diri sendiri, jgn pula berlaku sombong pada org2 sekeliling kita, sentiasa berusaha membantu pada mereka yg memerlukan dan jgn sesekali lokek ilmu…..itu adalah permulaan pembentukan seseorang yg boleh dianggap pemimpin walau dalam apa jua bidang sekali pun.
Benar….kita bukan lahir utk terus memimpin, tapi pengalaman dan keazaman membuatkan kita menjadi pemimpin. Saya juga tidak dapat lari dari hakikat itu. Sejak student days, dalam bidang Architecture, dalam kerjaya saya dulu, saya bermula sebagai follower yg setia, sehinggalah bertugas dgn org2 yg lebih senior, sentiasa belajar dari kepimpinan mereka, sentiasa yakin, tabah dan penuh keazaman utk berjaya membuatkan saya berada di sini hari ini. Yakin boleh!! Anda memang boleh, memang mampu menjadi pemimpin yang berkaliber!! insyaAllah…..
GO FOR CROWN!!!
MULTI LEVEL MARKETING IS ALL ABOUT MANAGING THE PEOPLE AROUND YOU. THIS IS A “MANAGING THE PEOPLE” BUSINESS!! SO…..ANDA HARUS JADI PEMIMPIN YANG BAIK UTK URUSKAN RANGKAIAN ANDA DGN BAIK!!!
Leave a reply